Tuesday, 22 May 2012

LINGZHI + KURMA MERAH + GULA BATU

Lagi satu yg saya amalkan minuman yg segar dan byk kebaikan di antaranya utk lancarkan darah dan kesegaran tubuh badan. Membuang toksin, menghindarkan penyakit2 moden spt darah tinggi, kencing manis, kolestrol dll dengan izin Allah....

Cara2nya :

1) Ambil 4 @ 5 hiris Lingzhi, boleh beli di kedai ubat cina atau pasaraya spt Tesco

2) Bersihkan kurma merah dlm 10 hingga 15 biji, buang biji

3) Sebuku gula batu @ saiz kecil2 ikut kesesuaian dan manis yg disukai

** masukkan semua dlm periuk @ lebih bagus periuk tanah, masukkan daun pandan sehelai, rebus dlm 30 minit sampai 1 jam. Air akan bertukar agak perang dan rasa sedikit pahit tp enak diminum suam2. Amalkan, tidak rugi demi menjaga kesihatan.
JUS PEGAGA + GULA BATU

Nak promote jus yg enak dabn berkhasiat utk kesihatan. Sila amalkan utk kelihatan awet muda, badan segar dan kulit yg halus. Terlalu byk kebaikan dan khasiat pegaga ni. Untuk lebih berkhasiat buat sendiri di rumah dr beli yg telah siap dibotolkan. Selain murah, ianya lebih lazat dan berkhasiat
Cara2nya:-


1) Cuci pegaga beserta akarnya bersih2, klu boleh rendam dengan sedikit garam utk buang kekotoran @ serangga


2) Masuk dlm pengisar sampai halus


3) Tapis dan serdaknye boleh buat scrub dan tampal di muka. Klu diamalkan muka akan bertambah halus dan parut2 akan hilang.


4) Campur gula batu, dan lebih lazat klu sejukkan dlm freezer. Sy tak suka campur air batu, takut khasiatnya kurang.


5) Amalkan selalu, dan lihat kesannya.
22 MEI 2012 BERSAMAAN 1 REJAB 1433 H

hr ini byk kerja yg perlu dilangsaikan tp hr ini juga bermula blog pertamaku. Aku mmg minat menulis sejak di bangku sekolah tp minat tu tersekat di tengah jalan kerana kesibukan dengan tugas2 di pejabat dan di rumah yg tak pernah selesai. Lagipun aku rasa dengan usia yg ada tidak berbaloi utk aku mula menulis. Akhirnya blog ni menjadi pemangkin minatku itu...mudah2an berkekalan.