TERAPI MINDA KU...
MAWAR MERAH PENGUBAT DUKA...
WARNA JINGGA YG MEMIKAT...
SUKA SANGAT DENGAN BUNGA NI...KUNING TERANG MEMUKAU...
AKU SENDIRI TAK TAHU APA NAMA POHON NI...
ALHAMDULILLAH... SEMANGKA KU TELAH MENGELUARKAN BUNGA...
POHON MARKISA, MUDAH-MUDAHAN SEMPAT MERASA HASILNYA NANTI...
CILI BESAR, BENIH DI BELI DARI PASARAYA, 2 BATANG JE YANG BERHASIL TUK TUMBUH...
TOMATO, SEPOHON JE SEMPAT MEMBESAR...
PadaMu Ilahi aku mohon pertolongan, tunjukkan aku jalanMu dan jangan kau sesatkan aku di perjalanan berliku ini......
Sunday, 23 March 2014
Tuesday, 18 March 2014
SELAMAT HARI LAHIR
28 Jan 2014 adalah hari lahir anak keduaku Hariz Danial yg ke 16 tahun
27 Feb 2014 adalah hari lahir anak sulungku Nur Farrahin yg ke 19 tahun
2 Mac 2014 adalah hari ulangtahun ke 12 tahun anak ke3 ku Nur Sabrina.
16 Mac 2014 pula adalah hari ulangtahun anak bongsuku Imran yang ke 6 tahun. Manja mama ni dah besar, tak boleh gedik2 sgt mcm baby...
"Semoga
anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan
akhirat. Mama sayang anak-anak mama hingga akhir hayat mama...Semoga
Allah merahmati kamu semua."
UJIAN UTK HAMBANYA...
7 Mac 2014 anak keduaku Hariz diserang demam, muntah2, sakit perut dan cirit birit. Paginya aku membawa nya ke klinik dan doktor memberi ubat demam dan sakit perut namun sakit perutnya tiada berkurangan malah semakin teruk. Tengahari nya aku membawa nya mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Shah Alam dan setelah menunggu hasil ujian demi ujian, anakku disahkan mengalami kesakitan akibat appendik nya. Maka pd malam itu jg lebih kurang jam 8.30 mlm, anakku menjalani pembedahan membuang appendik yg bengkak dan hampir pecah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan majikanku membayar segala kos rawatan yg mencecah hampir 10 ribu ringgit Malaysia. Pada 9 Mac anakku telah dibenarkan pulang dan mendapatkan rawatan susulan seminggu selepas itu.
KERINDUAN PADA DIA YANG TELAH PERGI...
10 Mac 2014 genap 2 tahun pemergian abah mengadap Ilahi. Aku benar2 merindui insan yg banyak berjasa dan membesarkan ku dgn penuh kasih sayang. Abah yg nampak tegas namun penyayang. Yg perihatin pd setiap susah senang anak2nya. Tidak terbalas segala jasanya pd diriku hingga dia menghembuskan nafas terakhir kerana kanser otak. 7 tahun abah menanggung kesakitan dgn 6 kali abah menjalani pembedahan mengeluarkan kanser hingga akhirnya Allah menamatkan segala penderitaan abah dgn kembalinya abah kpd pencipta. Doa dan kerinduan pd abah tak pernah berakhir. Semoga roh abah di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan damai di sana. Kami semua akan menurut jejakmu abah, cuma tidak tahu cepat atau lambatnya sahaja. Mudah2an kita dapat bertemu di syurga Allah nnt. Amiiinnnnn...
HUJAN RAHMAT...
Syukur alhamdulillah, kebelakangan ini setiap hari hujan membasahi bumi memberi rahmat utk sekalian alam, manusia, haiwan dan tumbuh2an. Kemarau yang berpanjangan membawa jerebu akibat pembakaran hutan mula berlalu pergi, mudah2an ihsan Allah memberi keinsafan kepada kita yg mahu berfikir....
Kain ku diampaian agak susah nak kering bila hujan mula turun pagi dan petang tp aku tetap bersyukur kerana Allah makbulkan doa hamba2nya yg merayu diturunkan hujan setelah kemarau panjang.
Pohon bunga di laman sekangkang kera ku tak perlu lg disiram pg dan petang kerana hujan yg membasah bumi memberi sejuta kerahmatan pd pohon2 yg melintuk ditiup angin. Bunga ros jepun tak sempat berkembang kerana matahari segan menjengukkan wajah dan memberi laluan pada hujan yg turun........aku benar2 mensyukuri nikmat yg tidak ternilai ini.
Malamnya pula, terasa kedinginan setelah sekian lama cuaca membahang walau kipas berputar tahap maksima. Anak bongsuku Imran sudah 2 mlm membuang air kecil di tilam akibat kesejukan, tidur yg sebelum ini tidak berselimut kini selimutlah pemanas di dinihari.
Namun catuan air masih berterusan walaupun hujan mula mencurah setiap hari. Masalah nya bila tamat 2 hr catuan, air di paip yg keluar akan kotor, warna karat dan adakalanya putih berklorin hingga baju di mesin basuh akan lekat karatnya. Sementara menunggu air jernih semula, catuan akan bermula semula sedangkan air di tangki masih berkarat dan kotor. Semenjak catuan bermula lebih kurang 3 minggu lepas, air paip di rumah ku belum pernah jernih airnya.
Aku cuba menerima semua ini dengan hati terbuka. Bersyukur kerana masih ada air utk kami sekeluarga namun aku tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berterusan. Mudah2an catuan air akan berakhir dengan segera dan kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang.
Subscribe to:
Comments (Atom)














































