Tuesday, 18 March 2014

HUJAN RAHMAT...

Syukur alhamdulillah, kebelakangan ini setiap hari hujan membasahi bumi memberi rahmat utk sekalian alam, manusia, haiwan dan tumbuh2an. Kemarau yang berpanjangan membawa jerebu akibat pembakaran hutan mula berlalu pergi, mudah2an ihsan Allah memberi keinsafan kepada kita yg mahu berfikir....
Kain ku diampaian agak susah nak kering bila hujan mula turun pagi dan petang tp aku tetap bersyukur kerana Allah makbulkan doa hamba2nya yg merayu diturunkan hujan setelah kemarau panjang.
Pohon bunga  di laman sekangkang kera ku tak perlu lg disiram pg dan petang kerana hujan yg membasah bumi memberi sejuta kerahmatan pd pohon2 yg melintuk ditiup angin. Bunga ros jepun tak sempat berkembang kerana matahari segan menjengukkan wajah dan memberi laluan pada hujan yg turun........aku benar2 mensyukuri nikmat yg tidak ternilai ini.
Malamnya pula, terasa kedinginan setelah sekian lama cuaca membahang walau kipas berputar tahap maksima. Anak bongsuku Imran sudah 2 mlm membuang air kecil di tilam akibat kesejukan, tidur yg sebelum ini tidak berselimut kini selimutlah pemanas di dinihari.
Namun catuan air masih berterusan walaupun hujan mula mencurah setiap hari. Masalah nya bila tamat 2 hr catuan, air di paip yg keluar akan kotor, warna karat dan adakalanya putih berklorin hingga baju di mesin basuh akan lekat karatnya. Sementara menunggu air jernih semula, catuan akan bermula semula sedangkan air di tangki masih berkarat dan kotor. Semenjak catuan bermula lebih kurang 3 minggu lepas, air paip di rumah ku belum pernah jernih airnya.
Aku cuba menerima semua ini dengan hati terbuka. Bersyukur kerana masih ada air utk kami sekeluarga namun aku tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berterusan. Mudah2an catuan air akan berakhir dengan segera dan kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang.


No comments:

Post a Comment