BERKONGSI CERITA...
Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman...
Aku merasakan dengan keadaan ekonomi yg sgt menyesakkan kini, perbelanjaan harian semakin meningkat. Contohnya mcm diriku sendiri, setiap hari jika tiada sekurang2nya RM 50 di tangan aku merasakan perjalanan hidup ini terlalu payah sekali...dengan belanja sekolah anak2, duit minyak ke tempat kerja, duit makan di pejabat, barang basah sayur, ikan untuk santapan hari2, belum lagi barang dapur yg akan luak setiap hari...terasa dgn wang RM 50 terlalu kecil nilainya utk zaman ini.
Untuk masa ini aku cuba mengurangkan tabiat membeli barang2 dapur di pasaraya besar spt Tesco, Giant atau Mydin bg mengelakkan aku membuat pembelian berlebihan. Kerana aku tahu bila berada di pasaraya aku selalunya akan lupa diri dan membeli benda2 yg bukan keperluan sangat menyebabkan bila membyr di kaunter akan melebihi had yg dirancang. Oleh yang demikian, aku hanya membeli barang2 di mini market atau speedmart dan membeli hanya barang yg diperlukan shj kerana dengan cara ini aku lebih berhemah bila berbelanja.
Aku adalah jenis org yg suka membandingkan harga bagi mencari nilai terbaik utk wang. Dari pemerhatianku, mmg skrg harga kebanyakan barangan telah dinaikkan tanpa kita sedari, terutamanya produk tenusu, biskut, makanan sejuk beku, telor, sabun dan makanan dlm tin. Sehubungan itu, mulai skrg aku cuba mengawal utk membeli makanan sejukbeku spt nugget, ayam segera, sosej dll bagi mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan kesihatan kerana telah terbukti makanan segera kebanyakannya menyumbang kepada penyakit2 moden spt kegemukan, kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan jantung.
Aku sedaya upaya utk masak pd setiap hari walaupun hanya berlaukkan telor sahaja kerana dengan bilangan keluarga seramai 5 org, aku perlu menyediakan sekurang2nya RM 50 utk membeli makanan di luar sedangkan dgn jumlah yg sama aku boleh membeli barang basah utk dimasak dan bertahan 2 atau 3 hari.
Sebagai ibu berkerjaya, aku kena pandai mengurus keperluan rumahtangga sebaik2nya, Aku berdoa agar Allah melapangkan kehidupanku, memudahkan urusan utk aku mencari rezeki, menguruskan keluarga dan memberikan aku kesihatan yg baik utk aku terus mencurahkan kasih sayang dan keringat utk anak2. Semoga Allah memberi ganjaran atas semua pengorbananku.....
No comments:
Post a Comment