Agak lama aku tidak menjengah blog ni hingga aku hampir2 terlupa kewujudannya. Semenjak aku berpindah semula ke klang, aku mula berjinak2 dgn hobi baruku bercucuk tanam bg mengisi masa terluang dan menambah keceriaan di tanah sekangkang kera ku ini. Aku memang suka dengan warna hijau, bunga2an, sayur2an dan segala macam yg datang dari alam. Aku bersama anak bongsuku Imran mmg mempunyai minat yg sama, aku tukang tanam dia tukang siram pokok sampai adakalanya pokok2 ku yg baru nak hidup tumbang kerana disiram keterlaluan....
Nilah di antara pokok2 yg ku tanam, yg tak ku tahu dapat bertahan hingga besar atau tidak...Mudah2an sempat merasa hasil nya nnt...tembikai merah, terung, tomato, cili dan bunga2an yg aku tak pasti apa namanya, yg penting sedap dipandang mata. Aku akan updated gambar2nya nnt....
No comments:
Post a Comment